Tuesday, November 26, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perasmian lima papan tanda baharu

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – Papan-papan tanda bagi lima penghulu mukim dan ketua kampung yang dilantik secara tetap di Daerah Brunei dan Muara telah dirasmikan di kediaman masing-masing, hari ini.

    Hadir menyempurnakan perasmian papan tanda berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah) di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Abdul Walid bin Haji Matassan.

    Perasmian bermula di kediaman Ketua Kampung Kapok, Mukim Serasa, Awang Shahminan bin Haji Abdul Rahman yang dilantik secara rasmi pada 2 Julai 2022.

    Kemudian diikuti di kediaman Ketua Kampung Sungai Tilong, Mukim Berakas B, Pengiran Haji Ruzaini bin Pengiran Haji Shabuddin dan seterusnya Ketua Kampung Kawasan 2, Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan, Mukim Berakas B, Haji Omar bin Haji Sapar.

    Awang Abdul Walid seterusnya merasmikan papan tanda Ketua Kampung Lambak B, Mukim Berakas A, Pengiran Haji Jofri bin Pengiran Haji Zaidi dan Ketua Kampung Jaya Setia, Kampung Jaya Bakti dan Kampung Burong Pingai Berakas, Mukim Berakas A, Awang Abdul Hafiz bin Haji Manan di kediaman mereka.

    Keempat-empat ketua kampung baharu berkenaan, mula menjawat jawatan pada 12 Disember 2022.

    Turut hadir menyaksikan perasmian papan tanda berkenaan ialah Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim, pegawai-pegawai kanan KHEDN, ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung berserta penduduk mukim dan kampung masing-masing.

    Awang Abdul Walid semasa merasmikan papan tanda di kediaman Ketua Kampung Kapok, kelmarin. – Gambar serahan JDBM
    Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah) di KHEDN menyempurnakan perasmian papan tanda di kediaman Ketua-ketua kampung yang dilantik secara tetap.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda