Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Perdagangan Malaysia berkembang 39.8 peratus pada Julai 2022

    KUALA LUMPUR, 19 OGOS – Perdagangan Malaysia mengekalkan trajektori peningkatan dengan berkembang 39.8 peratus kepada RM252.65 bilion pada Julai 2022 berbanding RM180.69 bilion pada bulan yang sama tahun lepas, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

    Beliau berkata eksport meningkat 38.0 peratus kepada RM134.07 bilion, pertumbuhan dua digit yang ke-12 bulan berturut-turut manakala import berkembang sebanyak 41.9 peratus kepada RM118.58 bilion dan lebihan dagangan berkembang 14.3 peratus kepada RM15.49 bilion.

    “Pertumbuhan eksport telah dipacu oleh peningkatan permintaan bagi barangan elektrik dan elektronik (E&E), keluaran petroleum serta gas asli cecair (LNG).

    “Eksport ke negara rakan dagang utama khasnya ASEAN, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun merekodkan pertumbuhan dua digit. Eksport ke ASEAN mencatatkan nilai bulanan tertinggi setakat ini,” katanya dalam kenyataan mengenai perangkaan perdagangan luar Malaysia.

    Pada Januari hingga Julai 2022, perdagangan naik 29.9 peratus kepada RM1.608 trilion daripada angka pada tempoh yang sama 2021 manakala eksport meningkat 27.8 peratus kepada RM873.07 bilion dan import berkembang 32.5 peratus kepada RM734.51 bilion.

    “Peningkatan ini disumbangkan oleh kenaikan eksport barangan E&E, keluaran petroleum, jentera, kelengkapan dan peralatan, barangan perkilangan logam, barangan optik dan saintifik serta kimia dan bahan kimia, di mana setiap barangan ini telah merekodkan kenaikan melebihi RM1 bilion,” katanya.

    Bagi prestasi import, Mohamed Azmin berkata barangan pengantara, bernilai RM61.83 bilion atau 52.1 peratus daripada jumlah import, telah meningkat 32.2 peratus susulan kenaikan import bekalan perindustrian diproses

    Mengenai prestasi perdagangan Malaysia dengan pasaran utama, Menteri Kanan Perdangan Antarabangsa dan Industri itu berkata pada Julai 2022, perdagangan dengan ASEAN melonjak 63.0 peratus kepada RM73.31 bilion, merangkumi 29.0 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia.

    Beliau berkata pada Julai 2022, perdagangan dengan China merangkumi 16.1 peratus kepada RM40.58 bilion. Perdagangan dengan AS rekod sebanyak 9.0 peratus, manakala 14.0 peratus dicatatkan dengan EU. Sementara itu, perdagangan antarabangsa dengan Jepun merangkumi 5.9 peratus. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...