Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Perenang tempatan terima sijil rekod kebangsaan

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 FEB – Perenang terkemuka negara dianugerahkan sijil rekod kebangsaan berikutan persembahan mengagumkan dalam pelbagai kejohanan domestik semasa acara perjumpaan yang diadakan di Bilik Persidangan Kolej Perdagangan & Teknologi Cosmopolitan di Dataran Jaya Setia, Berakas semalam.

    Sebanyak 14 rekod kebangsaan telah dicapai dalam acara long course dan sebanyak sembilan rekod kebangsaan telah dicapai dalam acara short course.

    Perenang baru Brunei, Zeke Chan mencapai tiga rekod kebangsaan termasuk dua kali dalam Sukan Sekolah Brunei Darussalam 2022 dan sekali dalam Kejohanan Renang Kumpulan Umur Asia Tenggara ke-44 di Malaysia.

    Seorang lagi perenang negara, Hayley Wong, yang telah disenaraikan dalam skuad kebangsaan, memecahkan lima rekod kebangsaan dalam acara long course dan empat dalam acara short coursee.

    Pasukan renang berganti-ganti lelaki yang terdiri daripada Christian Nikles, Zeke Chan, Joel Ling dan Nur Haziq Samil turut menyumbang kepada senarai rekod kebangsaan dengan catatan masa 3:41.65 saat semasa Kejohanan Renang Brunei ke-8 yang berakhir baru-baru ini.

    Naib Presiden Persatuan Renang Brunei Darussalam bergambar ramai bersama penerima anu-gerah sijil rekod kebangsaan di Bilik Persidangan Kolej Perdagangan & Teknologi Cosmopolitan di Dataran Jaya Setia, Berakas.

    Pemegang rekod kebangsaan lain termasuk Mohammad Danial Hakim Harjimmey, Mohammad Khalaf Tabin Kamal dan Nur Ayshah Lyna Mohammad Rasimoon.

    Nur Haziq dan Christian juga mencatat rekod kebangsaan baharu dalam pertemuan individu masing-masing yang pertama mencatatkan pada Sukan Solidariti di Kazan, dan yang kedua mencapai rekod itu semasa Kejohanan Renang Kumpulan Umur Kebangsaan Brunei Pertama.

    Naib Presiden Persatuan Renang Brunei Darussalam, Dato Seri Paduka Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa menyampaikan sijil tersebut.

    Sebelum majlis penganugerahan, sesi taklimat disampaikan oleh Setiausaha Kehormat BDSA, Ang Beng Siong.

    Beliau juga mengenal pasti pertemuan antarabangsa yang disasarkan dalam kalendar renang termasuk Sukan Asia Tenggara ke-32 pada Mei dan Kejohanan Dunia ke-19 di Fukuoka, Jepun pada Julai.

    Turut hadir wakil dari Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...