Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Perhilitan sahkan kehadiran harimau di Ulu Kuang

    IPOH, 9 FEB – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung serangan harimau di Kampung Ulu Kuang, Chemor baru-baru ini.

    Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata siasatan Perhilitan Perak di lokasi pagi semalam mendapati benar terdapat lembu ternakan penduduk diserang harimau belang.

    “Kakitangan kami sudah pergi siasat pagi semalam dan memang betul diserang harimau belang, lembu ditambat luar kandang.

    “Kami syak harimau ini adalah yang sama dikesan hadir pada awal tahun lepas (di kawasan itu),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Beliau berkata pihak Perhilitan telah memasang perangkap kamera berhampiran bangkai lembu di tempat kejadian dan melakukan rondaan secara berkala.

    Katanya penternak dinasihatkan supaya mengurung lembu ternakan di dalam kandang bagi mengelakkan serangan harimau.

    Terdahulu, tular gambar di media sosial menunjukkan lembu yang mati dipercayai telah dibaham harimau di kampung itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...