Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perjanjian perdagangan AS ancam operasi kilang etanol UK

    LONDON, 27 JUN – Satu perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) telah menyaksikan kilang pengeluaran bioetanol terbesar di Britain hampir mengalami kemuflisan, menurut kenyataan kelmarin.

    Perjanjian yang dimeterai pada Mei lalu merangkumi eksport etanol AS bernilai AS$700 juta ke Britain.

    Bioetanol dilihat sebagai bentuk etanol yang lebih bersih. Pengeluaran bahan api boleh diperbaharui itu turut menghasilkan beberapa produk sampingan seperti makanan haiwan dan karbon dioksida, yang digunakan untuk memelihara makanan dalam bungkusan dan menyejukkan reaktor nuklear.

    Syarikat Associated British Foods (ABF) kelmarin memaklumkan mereka akan memulakan rundingan dengan kakitangan di syarikat bioetanol mereka, Vivergo Fuels, berhubung masa depan kilang tersebut satu langkah yang dilihat sebagai tekanan terhadap kerajaan baharu kerajaan Buruh UK. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda