Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Nahas kereta api, penduduk Minnesota diarahkan pindah

    MINNESOTA, 30 MAC – Sebuah kereta api yang mengangkut etanol dan sirap jagung tergelincir dan terbakar di Minnesota, Amerika Syarikat (AS) awal hari ini dan penduduk berhampiran diarah mengosongkan rumah mereka, kata pihak berkuasa.

    Kereta api BNSF tergelincir di bandar Raymond, kira-kira 161 kilometer di barat Minneapolis, jam 1 pagi, menurut kenyataan Syerif Daerah Kandiyohi, Eric Tollefson.

    Kereta api BNSF mempunyai banyak sejarah nahas tergelincir dan beberapa lagi terbakar, kata Tollefson. Rumah di kawasan 800 meter di sekitar tapak telah dipindahkan, menurut Tollefson, dan penduduk telah dibawa ke tempat perlindungan di Prinsburg berdekatan.

    Setiausaha Pengangkutan AS, Pete Buttigieg memberitahu CNN bahawa kira-kira 14 gerabak membawa bahan berbahaya, termasuk etanol.

    “Kami telah berhubung dengan gabenor memandangkan bahan yang dibawa adalah berbahaya,” kata Buttigieg, dan pegawai Agensi Perlindungan Alam Sekitar sedang dalam perjalanan ke tapak itu.

    Buttigieg berkata dia tidak menerima laporan kematian atau kecederaan akibat insiden tersebut itu.

    Keselamatan landasan kereta api telah menjadi perhatian di peringkat kebangsaan sejak kereta api Norfolk Southern tergelincir bulan lalu berhampiran East Palestine, Ohio. Kira-kira separuh daripada bandar itu dengan kira-kira 5,000 orang berhampiran sempadan Pennsylvania terpaksa dipindahkan selepas pegawai memutuskan untuk melepaskan dan membakar bahan kimia toksik.

    Pengawal selia persekutuan dan ahli Kongres telah mencadangkan pembaharuan yang mereka mahu industri kereta api lakukan untuk mengelakkan insiden yang serupa pada masa depan. – AP

    Anggota bomba berdiri berhampiran kereta api yang tergelincir dan terbakar, berhampiran Raymond, Minnesota. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...