Monday, November 25, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perjumpaan kongsi perkembangan pelajar

    Oleh Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JUN – Ibu bapa, pelajar dan guru dari Sekolah Rendah Orang Kaya Besar Imas (SR OKBI) di Subok menghadiri Perjumpaan Ibu bapa-Guru Tahun 6 yang diadakan di sekolah berkenaan baru-baru ini.

    Antara aktiviti yang dianjurkan termasuk ceramah motivasi yang disampaikan oleh kaunselor sekolah dari Sekolah Menengah Menglait, Dayang Izura binti Haji Ismail; ucapan dan perkongsian pencapaian akademik pelajar oleh Pemangku Guru Besar, Hajah Masriatol Nazahiyah binti Haji Muhammad.

    Selain itu, terdapat juga aktiviti di mana ibu bapa menetapkan sasaran Penilaian Sekolah Rendah (PSR) bersama anak mereka, ibu bapa menulis kata-kata motivasi atas kanvas individu anak mereka dan menandatangani rekod kemajuan.

    Perjumpaan tersebut membolehkan sekolah itu berkongsi maklumat mengenai perkembangan pendidikan pelajar dengan ibu bapa sementara juga menjalin hubungan lebih erat di antara sekolah dan ibu bapa.

    Ibu bapa menetapkan sasaran PSR bersama anak mereka pada perjumpaan yang diadakan di SR OKBI di Subok baru-baru ini. – Gambar serahan SR OKBI
    Kanvas pelajar yang mengandungi kata-kata motivasi ditulis oleh ibu bapa semasa perjumpaan tersebut. – Gambar serahan SR OKBI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda