Saya membaca dengan penuh minat terhadap surat pembaca yang ditulis dalam ruangan pendapat pembaca di Borneo Bulletin baru-baru ini yang bertajuk Service at RIPAS Hospital’s Accident and Emergency Department needs to improve (Perkhidmatan Kecemasan dan Kemalangan di Hospital RIPAS perlu dipertingkatkan) yang ditulis oleh ‘Unhappy’. Saya bersetuju dengan penulis bahawa perkhidmatan Hospital RIPAS perlu diperbaiki.