Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Perlahankan kenderaan, lebuh raya sedang dibaiki

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JAN – Separuh jalan di Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah menghala Sungai Akar akan ditutup sementara mulai hari ini hingga 27 Januari depan.

    Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataannya hari ini, menjelaskan, penutupan dari pukul 10:30 malam hingga 6 pagi (tertakluk kepada cuaca) itu adalah bagi kerja-kerja pembaikan sebahagian jalan raya yang rosak. Penutupan tersebut melibatkan beberapa lokasi di lebuh raya berkenaan, selepas jejambat Kompleks Bangunan Kerajaan hingga jejambat Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas hala Sungai Akar.

    Sehubungan itu, para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati di kawasan berkenaan.

    Peta menunjukkan separuh jalan di Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah menghala Sungai Akar akan ditutup sementara bagi kerja pembaikan jalan raya yang rosak. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...