Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permohonan petak gerai perayaan dibukakan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI – Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan (JBBSB) memaklumkan bahawa permohonan bagi mendapatkan petak gerai perayaan sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-75 bagi Daerah Brunei dan Muara telah dibukakan bermula, kelmarin.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, JBBSB menjelaskan bahawa permohonan berkenaan khusus dibukakan kepada warga dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang bermastautin di Daerah Brunei dan Muara sahaja dan hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun.

    Di samping itu, pemohon juga tidak memegang sebarang jawatan sama ada dengan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia atau sektor swasta.

    Pemohon-pemohon bolehlah mendapatkan borang melalui syarikat yang dilantik bagi mengendalikan dan menguruskan gerai perayaan di No 13, Simpang 271, Jalan Pasir Berakas, Kampung Lambak sehingga 5 Julai depan dari 9 pagi hingga 5 petang.

    Kenyataan menyatakan, lokasi petak-petak gerai perayaan adalah kawasan lapang letak kereta Jalan Bendahara di samping Jalan Pemancha, sebahagian Jalan Pretty dan sebahagian Jalan Elizabeth II di mana ia akan berjalan dari 15 hingga 31 Julai depan.

    Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan memaklumkan bahawa permohonan bagi petak-petak gerai perayaan sudah mula dibukakan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda