Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    PERNAMA turunkan harga jualan

    KOTA KINABALU, 3 NOV – Kementerian Pertahanan melalui Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) menurunkan harga produk jualan di semua 93 rangkaian kedainya di seluruh negara bermula serta-merta hari ini bagi membantu meringankan beban perbelanjaan harian warga pertahanan.

    Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata menerusi inisiatif berkenaan, penurunan harga yang ditawarkan adalah hingga 48 peratus bagi makanan dan barangan keperluan asas harian manakala hingga 90 peratus bagi keperluan persekolahan anak-anak warga pertahanan.

    “Inisiatif penurunan harga di kedai PERNAMA akan dilaksanakan sebagai Jualan Akhir Tahun hingga 31 Dis 2022. 

    “Saya juga telah mengingatkan PERNAMA supaya memastikan barangan yang diturunkan harga ini mempunyai stok mencukupi supaya penjimatan ini benar-benar dapat dinikmati oleh warga pertahanan. Kementerian akan memantau perkara ini dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita selepas melawat PERNAMA di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar di sini hari ini. – Bernama

    Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kanan) menerima kunjungan hormat Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...