Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Persatuan Wanita Labuan gesa tangguh pelarasan tarif air

    LABUAN, 19 JAN – Persatuan Wanita Labuan (Hawa) menggesa supaya pelarasan tarif air yang akan berkuat kuasa 1 Februari ini ditangguhkan bagi pengguna di Labuan.

    Pengerusinya, Fauziah Mohd Din berharap penangguhan itu dilaksanakan sehingga krisis bekalan air yang membelenggu penduduk pulau ini berjaya ditangani sebaiknya.

    “Labuan baharu sahaja menerima peruntukan RM300 juta untuk menangani isu gangguan bekalan air, dan rancangan sedang dijalankan untuk mempercepat pembaikan dan naik taraf infrastruktur air yang usang.

    “Kami berpendapat bahawa pelarasan tarif air sewajarnya ditangguhkan memandangkan pulau ini masih mengalami gangguan bekalan,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Fauziah berkata Labuan perlu diberi masa sebelum langkah pelarasan tersebut dikuatkuasakan.

    Beliau turut menekankan impak gangguan bekalan air kepada perniagaan khususnya dalam sektor makanan dan minuman.

    “Banyak perniagaan terpaksa berhenti beroperasi disebabkan oleh krisis air berpanjangan yang dihadapi Labuan selama lebih tiga dekad. 

    “Kami harap kerajaan akan mempertimbangkan rayuan kami untuk menangguhkan pelarasan tarif air itu,” katanya. – Bernama

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...