Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sony, Zee Entertainment dijangka bergabung

    TOKYO, 19 JAN – Sony hari ini dijangka membuat keputusan muktamad mengenai penggabungan unit Indianya dengan saingan tempatan Zee Entertainment, kata sumber di gergasi Jepun itu dan laporan akhbar.

    Kerjasama itu bertujuan membantu kedua-dua firma bersaing dengan saingan penstriman seperti Disney, Amazon dan Netflix dalam pasaran hiburan yang luas dan berkembang pesat dengan 1.4 bilion orang.

    Penggabungan itu mula-mula dipersetujui pada 2021, dengan Ketua Eksekutif Zee, Punit Goenka berkata syarikat baharu itu akan bernilai hampir AS$10 bilion dengan pendapatan tahunan mencecah AS$2 bilion.

    Tetapi pemeteraian perjanjian itu telah dibelenggu oleh masalah, terbaharu ini disebabkan Sony dilaporkan tidak mahu Goenka mengendalikan entiti gabungan itu.

    Goenka telah menawarkan untuk berundur selepas penggabungan dicapai, lapor akhbar Economic Times, tetapi memihak kepada ‘proses carian bebas’ untuk mencari Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu.

    Sony, bagaimanapun, mahu NP Singh, CEO unit Indianya, untuk menggantikannya.

    Lembaga Sony hari ini juga boleh memutuskan untuk melanjutkan tarikh akhir 20 Januari untuk mencapai perjanjian itu untuk membolehkan lebih banyak rundingan diadakan.

    Satu keputusan boleh diumumkan kepada bursa saham Tokyo minggu depan.

    Perjanjian yang gagal akan meninggalkan Sony dan Zee lebih berisiko pada masa apabila Reliance pimpinan jutawan Mukesh Ambani sedang merundingkan penggabungan dengan unit Disney di India, lapor Bloomberg News. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...