Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Semai semangat patriotik pelajar Sekolah St Angela

    Oleh Sim Y.H. –

    BELAIT, 19 JAN – Dengan hasrat untuk menyemai rasa cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik telah mengadakan Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bagi Sekolah St Angela, Seria, kelmarin.

    Hadir pada taklimat yang berlangsung di bilik perpustakaan sekolah tersebut ialah Pengetua Sekolah St Angela, Chia Wann Ching bersama 23 penuntut Tahun 7 dan tenaga pengajar sekolah berkenaan.

    Taklimat disampaikan oleh Ketua Cawangan Penerangan Daerah Belait, Awang Musa bin Mohidin yang menyentuh mengenai raja kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara iaitu memastikan bendera negara dalam keadaan sempurna, bersih, tidak koyak dan pudar warnanya serta sejarah lagu kebangsaan, Allah Peliharakan Sultan.

    Para penuntut juga berpeluang menyaksikan klip video Kibarkanlah dengan Megah Bendera Negara dan klip video animasi Tatacara Menaikkan Bendera Negara.

    Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan.

    Program taklimat berkenaan merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara.

    Sesi bergambar ramai bersama penuntut Tahun 7 sekolah berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...