Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Persembahan beri kenangan berharga

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 FEB – Konsep persembahan memperlihatkan, kita mengulangi lagi detik malam kemerdekaan selepas Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien mengepalai lafaz takbir dan diikuti dengan pukulan hadrah sama seperti pada malam kemerdekaan pada tahun 1984.

    “Persembahan itu mengimbas kembali di mana kemerdekaan itu amat penting bagi kita dan sebagai satu bangsa dalam sama-sama menggembleng tenaga bersatu padu.”

    Perkara ini telah dijelaskan oleh Pemangku Pengarah Kebudayaan dan Kesenian, Haji Awang Mohd Abdoh bin Haji Awang Damit selaku ketua penyelaras Tim Kreatif Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 (HK-40), semasa ditemui baru-baru ini.

    Beliau seterusnya menambah, persembahan berkenaan adalah contoh bagaimana kita bersatu padu dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan.

    Di samping itu, beliau turut menjelaskan konsep persembahan yang dikeluarkan dengan tema hari kebangsaan iaitu Bersatu Mencapai Cita Negara dan logo yang turut memainkan peranan utama.

    Haji Awang Mohd Abdoh semasa di temu bual oleh media. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    Jelasnya, tiga segmen persembahan dipamerkan iaitu dua persembahan melibatkan sektor awam dan pendidikan termasuk Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), serta persembahan daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

    “Konsep bermula daripada aspek sejarah negara iaitu pembentukan negara bangsa yang diberi nama Cita Bangsa, Negara Terukir di mana ia mempamerkan dengan pembentukan Brunei, cabaran yang dihadapi dan bagaimana cara untuk menjadikan satu persembahan padang yang akan dapat menarik perhatian orang ramai,” jelasnya.

    Persembahan berkenaan melibatkan kira-kira 1,000 orang peserta, terdiri daripada PPDB, pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah kerajaan, sekolah-sekolah swasta dan pelatih Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), dengan sokongan 1,800 orang peserta pasukan Human LED, 250 orang peserta koir mewakili kementerian-kementerian, jabatan-jabatan kerajaan serta belia dan kira-kira 130 orang pemain orkestra.

    Manakala itu persembahan kedua pula mengetengahkan tema hari kebangsaan yang mana konsepnya adalah menggembleng daripada aspek muzik, gerak, penguasaan padang, Human LED, koir, lirik lagu dan juga bentuk ritma.

    Beliau turut mengongsikan mengenai latihan yang telah bermula pada minggu kedua Januari dan pengajaran telah dapat dilaksanakan secara berperingkat.

    Human LED telah melibatkan lebih 2,200 peserta dari kementerian-kementerian, koir seramai 500 orang daripada kementerian, orkestra seramai 250 yang merupakan gabungan pemuzik dari ABDB, PPDB, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara, Radio Televisyen Brunei (RTB), pelajar muda dan berusia yang dikumpulkan dalam pasukan bersepadu.

    Manakala itu, bagi persembahan tema pula melibatkan 2,900 orang peserta dan peserta perbarisan yang dimasukkan dalam persembahan adalah sekitar 4,000 orang termasuk 14 dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan jumlah keseluruhan mencapai dalam 11,000 orang peserta.

    Persembahan padang HK-40 turut dimeriahkan dengan konsep yang berbeza iaitu gerak cergas dan konsep persembahan pentas, selain menampilkan penyanyi gabungan artis lama dan artis cilik.

    Antara persembahan yang istimewa adalah persembahan Human LED, koir, orkestra kebangsaan yang melibatkan hampir 150 orang memainkan peralatan tradisional dan gambus, guling tangan dan viola yang mempersembahkan secara langsung dan ia merupakan satu pembaharuan dalam persembahan, jelasnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...