Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Persepsi negatif dorong Enot enggan kahwin

    Perwatakan yang kasar dan suka bersama rakan wanita menimbulkan persepsi pelawak popular, Enot menyukai kaum sejenis. Namun, Enot sudah lali dilabelkan ‘lesbian’, tomboy dan sebagainya.

    Lebih teruk, persepsi mendorong atau menyebabkan Enot atau nama sebenarnya, Alliza Abdullah enggan berkahwin lagi selepas berdepan dua kegagalan dalam bahtera perkahwinan.

    “Mungkin kedengaran tidak manis apabila saya terbiasa memanggil ‘sayang’ dengan rakan wanita. Hakikatnya, gelaran ini normal, tiada apa-apa maksud lain.

    “Saya sedar ada yang salah faham, namun saya sudah lali. Mungkin ramai tidak tahu saya menuntut di Sekolah Menengah Convent, Seremban, kesemuanya pelajar perempuan.

    “Jadi, ada rakan sekolah termasuk saya berperwatakan seperti lelaki, sedikit kasar. Saya pula aktif dalam sukan sofbol.

    Enot sudah tidak terfikir mahu mendirikan rumah tangga, apatah lagi selepas lebih sedekad bergelar ibu tunggal dan hidup tenang bersama anak dan cucu. – Agensi

    “Saya juga pernah digelar ‘Abang Ali’ singkatan nama Alliza ketika di sekolah,” katanya kepada media.

    Dalam pada itu, pelakon drama Mat Despatch ini berkata, dia sudah tidak terfikir mahu mendirikan rumah tangga, apatah lagi selepas lebih sedekad bergelar ibu tunggal dan hidup tenang bersama anak dan cucu.

    “Dahulu, sebelum masuk usia 40 tahun, ada juga keinginan mahu mencari pasangan hidup.

    “Namun, selepas bergelar nenek, keinginan itu terus hilang. Bila tiada keinginan kembali hidup berumah tangga, ada timbul tanggapan saya sukakan kaum sejenis.

    “Sejujurnya, anak-anak juga seperti keberatan membenarkan saya kembali hidup berpasangan. Mereka selalu minta saya fikir panjang jika terdetik mahu berkahwin lagi,” katanya sambil tertawa.

    Enot dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Andriana Balqis dan Ariana Qaseh Qistina serta seorang cucu, Rebecca Riana. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...