Sunday, January 5, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persidangan 3 pihak bincang amalan perubatan

    KUCHING, 16 DIS – Persidangan Tiga Pihak mengenai Cabaran Penjagaan Kesihatan dalam abad ke-21 yang berlangsung selama tiga hari, berakhir di sini hari ini.

    Persidangan itu membincangkan secara menyeluruh mengenai impak pandemik COVID-19 terhadap cabaran mengamalkan perubatan di persekitaran terpencil dan luar bandar.

    Acara tersebut dianjurkan oleh Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd), Academy for Silent Mentor (AFSM), College of Surgeons Academy of Medicine of Malaysia (CSAMM) dan Kementerian Kesihatan.

    RCSEd dalam kenyataan berkata program Kesedaran Pembedahan Aorta Malaysia turut dilancarkan pada Simposium Pembedahan Aorta yang dianjurkan sempena persidangan itu yang melibatkan Persatuan Pembedahan Torasik dan Kardiovaskular (MATCVS). – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda