YANGON, 16 SEPT – Myanmar menganjurkan pertandingan robot di Yangon kelmarin, menarik lebih 50 peserta daripada 15 pasukan di seluruh negara.
Acara itu, yang menampilkan dua kategori utama iaitu Robo Mission dan Future Inovators, bertujuan untuk menyediakan platform kepada pelajar Myanmar untuk mempamerkan kemahiran robotik mereka dan bersaing di peringkat antarabangsa, kata Eddi, penganjur acara tersebut kepada Xinhua kelmarin.
Dua pasukan dari kategori Robo Mission dan satu pasukan dari kategori Future Inovators akan dipilih untuk mewakili Myanmar ke Final Antarabangsa Olympiad Robot Dunia 2024 di Turkiye pada November ini, katanya.
Pertandingan itu bukan sahaja merupakan pencapaian tempatan tetapi pintu kepada pengiktirafan global.
Para peserta, yang berumur lapan hingga 19 tahun, berpeluang meningkatkan kemahiran pembentangan mereka dengan menyediakan projek mengenai pelbagai topik, yang memupuk kreativiti, katanya.
Juara akan dapat mempamerkan kemahiran mereka di pentas antarabangsa, di mana mereka boleh belajar daripada pelajar dari negara lain, berkongsi pengetahuan dan mengikuti kerja berpasukan di peringkat global, tambahnya. – Xinhua