Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pertempuran geng, demonstrasi meningkat di Haiti

    PORT-AU-PRINCE, 19 JAN – Pertempuran selama beberapa hari antara kumpulan bersenjata semakin meningkat di ibu negara Haiti, Port-au-Prince, kelmarin, sementara di tempat lain, penunjuk perasaan berarak menuntut kebertanggungjawaban terhadap krisis keselamatan negara Caribbean yang semakin meruncing.

    Tembakan senjata automatik kedengaran pada waktu subuh di daerah Solino di selatan Port-au-Prince, dengan kepulan asap naik ke langit, menurut seorang wartawan AFP.

    Anggota geng yang beroperasi di Bel-Air telah bergaduh di kawasan itu sejak Ahad, beritahu seorang penduduk tempatan memkepada AFP.

    Saksi mengesahkan beberapa orang telah terbunuh, tanpa menyatakan jumlahnya. Menurut Pierre Esperance, Pengarah Rangkaian Pertahanan Hak Asasi Manusia Kebangsaan, sebuah organisasi kemanusiaan, kira-kira 20 orang telah terbunuh sejak Ahad.

    “Mangsa termasuk mereka yang dibunuh di dalam rumah mereka yang terbakar, dan yang lain ditembak oleh penjenayah ketika mereka cuba melarikan diri dari serangan,” katanya.

    Daerah jiran seperti Carrefour Pean dan Delmas 24 juga telah menjadi sasaran serangan kumpulan gengster. Bagi melindungi diri mereka, penduduk memasang penghadang di seluruh ibu kota dan kawasan sekitarnya. – AFP

    Seorang penunggang motosikal melepasi tayar terbakar di Delmas 30, Port-au-Prince, Haiti semasa hari pemberontakan menentang perdana menteri Haiti pada 18 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...