Thursday, January 23, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertubuhan Cina beri harapan pelajar luar bandar Kemboja

    BATTAMBANG, KEMBOJA – Kekurangan bahan sekolah dan tandas yang sesuai serta kemudahan kebersihan pernah menjadi cabaran utama bagi beberapa sekolah rendah di sini di kawasan terpencil di daerah Bavel, kira-kira 90 km barat bandar wilayah itu.

    Tetapi isu itu telah ditangani secara beransur-ansur sejak 2019 selepas Amity Foundation, sebuah pertubuhan sukarela Cina, telah menyediakan biasiswa kepada pelajar dan membantu membina infrastruktur asas seperti tandas dan kemudahan mencuci tangan di sekolah tersebut melalui pertubuhan bukan kerajaan Kemboja, Life With Dignity (LWD).

    Penyelaras program kawasan LWD, Chan Vanna berkata Amity Foundation telah menyediakan biasiswa kepada 310 pelajar miskin dan beberapa peruntukkan untuk pembinaan tandas, kemudahan mencuci tangan dan sistem air di tiga sekolah di daerah Bavel di barat laut wilayah Battambang.

    “Biasiswa itu termasuk bahan pembelajaran, kit kebersihan anti COVID, dan sejumlah wang tunai untuk pelajar miskin itu,” katanya kepada Xinhua dalam temu bual baru-baru ini.

    Amity Foundation telah membantu meningkatkan taraf pendidikan di kawasan luar bandar, dan telah mengubah masa depan kanak-kanak luar bandar di Kemboja, kata Vanna.

    Pelajar mencuci tangan di Sekolah Rendah Khlaing di daerah Bavel di wilayah Battambang, Kemboja. – Xinhua

    “Saya berharap pada masa hadapan, Amity Foundation akan terus menyokong LWD dalam sektor pendidikan di sekolah di kawasan luar bandar lain,” katanya.

    Khong Theang, pengetua Sekolah Rendah Khlaing, berkata seperti sekolah luar bandar lain, sekolahnya menghadapi banyak kesukaran seperti kekurangan bekalan elektrik, tenaga pengajar dan bahan sekolah yang menyebabkan taraf akademik sekolah itu ketinggalan berbanding purata kebangsaan.

    “Tetapi sejak 2019, persekitaran pembelajaran dan kehidupan pelajar dan guru telah bertambah baik secara beransur-ansur selepas Amity Foundation, dengan kerjasama LWD, seterusnya menyokong sekolah kami melalui penyediaan bahan sekolah dan sumber kewangan serta kit kebersihan anti COVID,” katanya kepada Xinhua.

    “Badan amal China telah membawa harapan baharu kepada mereka dan saya percaya apabila anak-anak ini membesar, mereka akan menjadi sumber manusia yang berharga untuk keluarga dan negara serta akan menjadi pembawa pesan persahabatan Kemboja-China,” kata Theang.

    Phon Phiruon, pengetua Sekolah Rendah Prey Thom, berkata sebelum ini, pelajar sukar mendapatkan tempat membuang air kecil atau besar kerana kekurangan tandas, sehingga kadangkala, mereka terpaksa meminta jiran sekolah menggunakan tandas. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda