Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Peru isytihar perintah berkurung

    TACNA, PERU, 12 JAN – Peru kelmarin mengenakan perintah berkurung di wilayah Puno selepas pertempuran ganas antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan yang menyebabkan 18 orang maut.

    Perdana Menteri, Alberto Otarola berkata perintah berkurung selama tiga hari itu akan bermula dari 8 malam hingga 4 pagi waktu tempatan, lapor agensi Anadolu.

    Pertempuran pada Isnin itu mula meletus apabila kira-kira 2,000 orang cuba menyerbu lapangan terbang di bandar Juliaca di wilayah Puno.

    Protes ganas telah berlaku di Peru sejak 7 Disember apabila bekas presiden, Pedro Castillo digulingkan dan ditahan selepas cuba membubarkan Kongres dalam usaha untuk mengelakkan pemecatan beliau atas dakwaan rasuah.

    Pemecatan beliau mencetuskan bantahan di seluruh negara selama beberapa hari yang menyebabkan sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh setakat ini.

    Penunjuk perasaan menuntut pilihan raya awal diadakan dan pembebasan Castillo yang sedang menjalani tahanan pascaperbicaraan selama 18 bulan.

    Presiden, Dina Boluarte yang menggantikan Castillo berkata beliau telah mencadangkan kepada Kongres untuk mempercepat pilihan raya. – Bernama

    Para penunjuk perasaan bertempur dengan polis rusuhan Peru di Cusco, Peru, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...