Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Perubahan iklim paksa nomad berhijrah ke bandar lain

    KHARNAK, INDIA – Selama beberapa dekad, Konchok Dorjey memberi makan kambing yang menghasilkan baju panas Kashmir di kawasan gersang, tidak berpokok di perkampungan Kharnak di wilayah Ladakh, India.

    Kawasan tersebut merupakan padang pasir di pergunungan yang bersempadan dengan China dan Pakistan.

    Tetapi sedekad lalu, perantau berusia 45 tahun itu meninggalkan kehidupan di desa untuk mencari masa depan yang lebih baik untuk keluarganya. Dia menjual haiwannya dan berhijrah ke penempatan di pinggir bandar wilayah bernama Leh.

    Dorjey kini tinggal bersama isterinya, dua anak perempuan dan seorang anak lelaki di Kharnakling, di mana beberapa buah keluarga nomad lain dari kampung asalnya turut menetap dua dekad yang lalu.

    “Ia adalah keputusan yang sukar,” kata Dorjey baru-baru ini, duduk di beranda rumahnya. “Tetapi saya tidak mempunyai banyak pilihan.”

    Sekumpulan perantau berehat ketika orang lain bekerja di luar rumah di perkampungan Kharnak terpencil di kawasan padang pasir yang sejuk di Ladakh, India. – AP
    Konchok Dorjey, duduk di perkampungan Kharnak asalnya yang terpencil di kawasan padang pasir yang sejuk di Ladakh, India. – AP
    Wanita perantau memerah susu kambing Himalaya di perkampungan terpencil Kharnak di kawasan padang pasir sejuk di Ladakh, India. – AP
    Bekas perantau, Dawa Tundup duduk di dalam kelambu bersama isterinya Tashi Lamo di luar rumah mereka di kampung Kharnakling berhampiran bandar Leh di kawasan padang pasir sejuk di Ladakh, India. – AP

    Memandangkan rantau di Asia ini sangat terdedah kepada perubahan iklim, corak cuaca yang berubah-ubah telah mengubah kehidupan orang ramai disebabkan banjir, tanah runtuh dan kemarau di Ladakh, landskap yang tidak mesra tetapi tidak terkacau dengan laluan gunung tinggi dan lembah sungai yang luas, pada masa lalu ia merupakan Jalan Sutera yang terkenal dengan laluan pedagang.

    Kehilangan ternakan yang kerap berlaku disebabkan oleh penyakit, kekurangan penjagaan kesihatan, konflik sempadan dan padang ragut yang semakin mengecil disebabkan oleh perubahan iklim yang melampau, ia telah memaksa beratus-ratus orang berhijrah dari kampung yang tidak mempunyai penduduk yang ramai ke kelompok bandar terutamanya di rantau ini yang terkenal dengan landskap pergunungan yang mengagumkan.

    Di kawasan terpencil Himalaya, glasier mencair dengan cepat dan penduduk kampung masih bergantung dengan laluan air glasier untuk mendapatkan air.

    Dorjey, pemandu teksi, telah melihat semuanya.

    Setelah meningkat dewasa, Doriey berkata orang tua sering bercakap tentang perpindahan ke tempat lain disebabkan salji terlalu banyak sehinggakan kehidupan seharian menjadi sukar.

    “Apabila saya membesar, salji turun dengan sedikit sehingga kami terfikir untuk meninggalkan tempat itu,” kata Doriey. Dia masih bertahan di sana, mengembala kira-kira 100 ekor kambing kasmir, yak dan biri-biri. Tetapi penyakit anak perempuannya, Jigmet Dolma, kini 18, mengubah haluan keluarga.

    Dolma pada mulanya mengalami radang paru-paru. Kemudian dia mengalami sawan dan sering pengsan, menghantar keluarga itu kira-kira 100 batu (170 kilometer) ke utara ke Leh, di mana mereka akan menghabiskan hari untuk rawatannya. Memandangkan keluarga itu masih belum menerima penyakitnya, ia mengakibatkan kerugian kepada hasil ternakan mereka akibat penyakit dan selsema yang menyebabkan mereka kehilangan sumber mereka, kata Dorjey.

    “Ia adalah tahun yang teruk dan sejuk yang melanda ternakan. Ia hanya memakan sejumlah besar anak kambing,” katanya. Pada ketinggian kira-kira 15,000 kaki, suhu di rantau ini boleh turun hingga di bawah 35 darjah Celsius semasa musim sejuk yang panjang.

    Pada 2011, Dorjey mengunci rumahnya dan meninggalkan Kharnak untuk selamanya. Dia bersusah payah membina kehidupan baharunya di Kharnakling dan kini bekerja sebagai pemandu teksi untuk mencari rezeki. Kesihatan anak perempuannya Dolma bertambah baik ketika dua lagi anaknya sedang belajar.

    “Kehidupan bandar telah membawa isunya sendiri dan hampir semuanya menggunakan wang,” katanya sambil menjelaskan kesusahan awal dalam kehidupan baharunya. “Hidup lebih mudah di sana (di Kharnak) dengan segala kesusahannya.”

    Isteri Dorjey, Sonam Kunkhen, menyatakan kepuasan tentang perpindahan mereka dari kampung lamanya.

    “Ia lebih baik di sini untuk saya dan keluarga saya,” kata wanita berusia 47 tahun itu. “Kami mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri, tetapi saya gembira kami berpindah.”

    Baru-baru ini, Dorjey memandu ke kampung asalnya Kharnak di mana dia bertemu bapa saudara sebelah ibunya, Tsering Choldan. Perantau berusia 64 tahun itu mengumumkan kepadanya bahawa dia juga akan pergi tidak lama lagi. Pengembala lain juga sedang mengemas beg mereka.

    Sejak beberapa tahun kebelakangan Dorjey menyatakan kampung itu telah mendapat perhatian yang besar apabila pihak berkuasa membina beberapa pondok pasang siap untuk perantau.

    Tetapi katanya, dia tidak yakin dengan pengalaman bahawa kemudahan sedemikian akan menghentikan penghijrahannya.

    “Ada beberapa kemudahan yang tidak ada semasa saya tinggal di sini. Tetapi terdapat juga beberapa perubahan regresif lain yang telah berlaku,” kata Dorjey.

    Yang paling teruk, katanya, adalah cuaca yang tidak menentu dan kekurangan air dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

    Banyak padang rumput Kharnak menjadi tandus akibat cuaca luar biasa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Dan pelbagai glasier yang menutupi puncak tinggi di sekelilingnya telah menyusut secara drastik dalam dua dekad yang lalu menyebabkan kekurangan air, kata para gembala. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...