Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    129 pain darah berjaya dikumpul

    Oleh Mu’min Karim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 NOV – Sebanyak 129 pain darah berjaya dikumpulkan dalam kempen menderma darah anjuran Syarikat Trillion yang berlangsung di salah sebuah restoran di Gadong, hari ini. 

    Kempen derma darah tersebut turut dianjurkan bersama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

    Menurut Setiausaha Eksekutif Syarikat Trillion, Amy Chin Ying Siew ketika ditemui wartawan menjelaskan Syarikat Trillion telah menganjurkan kempen derma darah bersama-sama syarikat SKH Department Store dan Borneo Kopitiam selama beberapa tahun namun ia terhenti akibat wabak.

    “Kempen derma darah pertama  dianjurkan pada bulan Jun lalu berjaya mengumpul sebanyak 130 pain darah, melebihi sasaran 100 pain,” kata Amy Chin. 

    Beliau berkata kempen tersebut merupakan kempen yang diadakan secara besar-besaran dan kali ini mereka meningkatkan sasaran mengumpul 150 pain darah. Ia juga dianjurkan sempena sambutan ulang tahun Pengarah SKH, Lee Chiap Kiang. 

    Lee Chiap Kiang menyatakan kegembiraannya melihat orang ramai yang hadir untuk menderma darah dengan 80 orang hadir dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

    Sementara itu, salah seorang penderma darah, Awang Abdul Hanif bin Haji Salim ketika ditemui wartawan menyatakan rasa keterujaan dalam sama-sama membantu Hospital RIPAS menambah stok bekalan darah yang ketika ini kekurangan bekalan. 

    Tambah beliau, orang ramai yang berkemampuan wajar tampil untuk bersama-sama menderma darah agar membantu mereka yang memerlukan.

    “Islam menggalakkan umatnya untuk membantu sesama sendiri, salah satu daripadanya adalah dengan menderma darah yang dilihat membawa kebaikan bersama,” jelasnya yang sudah empat kali menderma darah. 

    Lee Chiap Kiang dan Amy Chin Ying Siew bergambar ramai bersama kakitangan syarikat semasa kempen derma darah, kelmarin.
    Antara kakitangan yang hadir menderma darah pada kempen tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...