Thursday, January 16, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat pertama cabang logistik Alibaba Hangzhou-KL

    KUALA LUMPUR, 1 APRIL – Sebuah pesawat sewa khas yang membawa bekalan barangan perubatan dan e-dagang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hangzhou, China semalam, sekali gus menjadi penerbangan kargo khas pertama bagi laluan Hangzhou-Kuala Lumpur.

    Ia dikendalikan oleh Cainiao Smart Logistics Network, cabang logistik Alibaba Group yang menawarkan penerbangan lima kali seminggu bagi perjalanan Hangzhou-Kuala Lumpur.

    Pakar kanan eksport Cainiao, Yang Haiming berkata, laluan itu menghubungkan Hangzhou yang menempatkan ibu pejabat Alibaba dan Kuala Lumpur iaitu Platform Perdagangan Dunia Elektronik (eWTP) pertama Alibaba di luar negara bagi mewujudkan perdagangan global yang lebih inklusif.

    “Peningkatan jumlah e-dagang rentas sempadan menyebabkan laluan tetap ini diwujudkan di antara kedua-dua negara,” katanya dalam kenyataan hari ini dan menurutnya penerbangan itu juga akan membawa bersama barangan ke China yang dijangka mendorong eksport dari negara-negara Asia Tenggara ke China.

    Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kerajaan dan Alibaba Group telah bekerjasama rapat untuk memacu e-dagang perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan di bawah inisiatif Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) bagi menyokong perdagangan global yang lebih inklusif seiring dengan visi Alibaba dalam eWTP.

    “Hab e-Fulfilment di KLIA Aeropolis serta laluan khas yang baru dilancarkan akan merangsang perdagangan e-dagang rentas sempadan selain menggalakkan pertumbuhan industri logistik di Malaysia,” katanya– Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda