Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Pesawat pertama Etiopia dikembalikan lepas 9 dekad

    NAIROBI, 31 JAN – Itali telah mengembalikan pesawat pertama Etiopia, kata Perdana Menteri Abiy Ahmed kelmarin, kira-kira 90 tahun selepas ia diambil oleh pasukan penjajah Itali.

    “Hari ini merupakan hari kebanggaan bagi rakyat Etiopia kerana kita meraikan penyerahan rasmi ‘Tsehay’ oleh Kerajaan Itali,” kata Abiy dalam akaun rasminya di X.

    Catatannya disertakan dengan gambar pesawat dua tempat duduk berwarna merah, yang pada asalnya dibina pada tahun 1935 semasa pemerintahan Maharaja Haile Selassie.

    “Tsehay ialah pesawat pertama yang dibina di Etiopia pada 1935 di bawah usaha bersama jurutera Jerman dan juruterbang maharaja, Herr Ludwig Weber, serta individu-individu Etiopia pada era itu,” kata Abiy.

    Ahli sejarah berkata pesawat itu dibawa ke Itali selepas pasukan penjajah Benito Mussolini menyerang Etiopia, yang ketika itu dikenali sebagai Abyssinia, pada 1935, menawan ibu kota Addis Ababa pada tahun berikutnya.

    Kementerian Pertahanan Itali berkata kapal terbang ekasayap itu, yang asalnya berwarna kelabu perak, telah melakukan penerbangan pertamanya pada Disember 1935, menyifatkannya sebagai ‘spesimen unik’.

    Pesawat itu mempunyai kira-kira 30 jam masa penerbangan ‘hanya untuk ditinggalkan di Addis Ababa pada Mei 1936, sebelum kedatangan orang Itali, yang merampasnya,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

    Kementerian tersebut berkata pesawat itu telah disimpan di Muzium Tentera Udara Itali sejak 1941 dan kemudiannya akan dibawa ke Etiopia untuk dipamerkan di sana, tanpa memberikan tempoh masa. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...