Sunday, March 16, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat tergelincir, lapangan terbang ditutup

    JAKARTA, 2 Feb – Sebuah pesawat Indonesia yang membawa 130 orang penumpang tergelincir daripada landasan ketika mendarat di sebuah lapangan terbang utama ketika hujan lebat, kata syarikat penerbangan itu hari ini dalam satu kecelakaan terbaru yang melanda sektor penerbangan negara berkenaan.

    Tiada kecederaan dilaporkan selepas Boeing 737-800 yang dikendalikan oleh Garuda itu tiba dari Jakarta dan mendarat landasan di lapangan terbang di Yogyakarta lewat kelmarin.

    Pihak berkuasa berkata, Lapangan Terbang Antarabangsa Adisutjipto telah ditutup sehingga lewat petang ini untuk membolehkan pesawat dikeluarkan dari kawasan kejadian.

    Perkhidmatan pergi dan balik ke Yogyakarta juga diberhentikan dengan penerbangan sepatutnya tiba di lapangan terbang yang sibuk itu dilencongkan ke Solo.

    Para pegawai berusaha menarik pesawat dari kawasan kejadian selepas terbabas dari landasan Lapangan Terbang Adisutjipto. – AFP
    Para pegawai berusaha menarik pesawat dari kawasan kejadian selepas terbabas dari landasan Lapangan Terbang Adisutjipto. – AFP

    Penerbangan itu membawa 123 penumpang bersama tujuh anak kapal, jurucakap Garuda Benny Butarbutar berkata dalam satu kenyataan. Jurucakap Kementerian Pengangkutan Agoes Subagio berkata, kemalangan itu berlaku akibat hujan lebat.

    Kepulauan Indonesia bergantung kepada pengangkutan udara untuk menghubungkan beribu-pulau tetapi mengalami beberapa kemalangan kapal terbang yang membawa maut sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

    Lapangan terbang Yogyakarta telah dikritik gara-gara rekod keselamatan yang lemah. Pada tahun 2007, 21 orang terbunuh apabila sebuah pesawat Garuda tersasar dari landasan dan terbakar ketika mendarat.– AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda