Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pesta Kaamatan terjemah perpaduan rakyat

    PENAMPANG, 29 MEI – Penganjuran Pesta Kaamatan yang bukan hanya di Sabah tetapi juga di Semenanjung, Labuan dan Sarawak mampu menterjemahkan ikatan perpaduan rakyat secara nyata di peringkat Kebangsaan.

    Timbalan Ketua Menteri I Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata selain dapat memperkenalkan budaya tempatan, Pesta Kaamatan juga memupuk semangat kekitaan dalam kalangan pelbagai kaum khususnya di negeri ini.

    “Perpaduan itu menjadi realiti melalui Pesta Kaamatan dan ia juga memberikan semangat kekitaan,” katanya pada sidang media pada majlis taklimat sempena sambutan Pesta Kaamatan di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) hari ini.

    Jeffrey yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan berkata cuti Pesta Kaamatan juga memberi kesempatan kepada rakyat Sabah di Semenanjung untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan kemuncak pesta itu.

    Beliau berkata Pesta Kaamatan pada tahun ini yang bertemakan ‘Kaamatan Melangkaui Keterjaminan Makanan’ melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2.5 juta.

    Menurutnya Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin akan hadir merasmikan acara itu esok bersama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka merasmikan penutupan Pesta Kaamatan pada keesokannya (31 Mei)

    Acara kemuncak yang paling dinantikan ialah pengumuman Unduk Ngadau atau pertandingan ratu cantik, dan tahun ini menyaksikan 51 peserta dari daerah, bandar dan cawangan KDCA termasuk enam dari Semenanjung serta masing-masing seorang dari Labuan dan Sarawak bertanding di peringkat akhir Jumaat ini.

    Dalam pada itu, beliau berterima kasih atas peranan media yang telah membuat liputan meluas kepada pembaca. – Bernama

    Peserta ‘Buvazoi Tawantang’ (Mr Kaamatan) berpakaian tradisi lelaki suku kaum Kadazan semasa acara Buvazoi Kaamatan 2024 di Hongkod Koisaan, Sabah kelmarin. Pesta Kaamatan memupuk semangat perpaduan. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...