Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pesta Kampung Ukong ditunda

    TUTONG, 30 NOV – Berikutan kejadian banjir yang berlaku di Kampung Ukong dan sekitarnya, acara Pesta Kampung Ukong anjuran Majlis Perundingan Kampung (MPK) Ukong yang dijangka diadakan pada 1 hingga 3 Disember ini ditunda kepada 15 hingga 17 Disember nanti.

    Pesta yang akan berlangsung di Gelanggang Sukan Kampung Ukong, Daerah Tutong itu diadakan bagi menyemarakkan suasana cuti penghujung tahun di negara
    ini.

    Ia bakal diserikan dengan pelbagai aktiviti antaranya gerai jualan, pertandingan kemahiran kraftangan seperti gubahan bunga-bungaan hidup dan mengayam ketupat, pertandingan bakat dan kebolehan dalam bermain muzik dan nyanyian, senamrobik dan pertandingan sukan aneka dan sebagainya.

    Dalam pada itu, aktiviti dan pertandingan berkonsepkan kerohanian dan pendidikan juga akan menyemarakkan lagi acara berkenaan seperti peraduan membaca dan menghafaz ayat-ayat lazim.

    Acara berkenaan bertujuan untuk mewujudkan suasana harmoni dan menggalakkan kerjasama dan terus mengeratkan lagi hubungan mesra dalam kalangan pelbagai bangsa menerusi penglibatan bersama dalam aktiviti anjuran MPK dan penduduk kampung tersebut.

    GAMBAR SERAHAN MPK KG UKONG
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...