Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Petanque Brunei raih dua gangsa

    Oleh Fadhil Yunus

    BANGKOK, THAILAND, 9 FEB – Pasukan petanque negara berhasil membanggakan negara selepas mendapat tempat ketiga dalam kategori beregu wanita di Kejohanan Terbuka ke-3 Thailand di Wilayah Chonburi baru-baru ini.

    Pasukan negara mengumpul pingat gangsa menerusi gandingan Hajah Norhaini binti Haji Dollah dan Norhani binti Haji Juna.

    Sementara itu, gandingan lelaki Awang Hamidun bin Haji Abdul Hamid dan Awang Masli bin Haji Mohd Said mara ke peringkat 16 terakhir dalam acara beregu lelaki.

    Awang Masli, yang memenangi gangsa dalam Kejohanan Petanque Asia ke-4 November lalu di Bangkok, juga mendapat terpilih sembilan terbaik dalam kejohanan tersebut. Pengurus Pasukan, Siti Norhafilah binti Haji Arun mengiringi pasukan seramai empat orang itu.

    Pasukan Petanque Brunei bergambar ramai selepas memenangi gangsa. – Gambar serahan Persekutuan Petanque Brunei Darussalam
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda