Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Peti suara Judika hampir rosak 

    Peti suara penyanyi Judika hampir rosak gara-gara menyanyi dengan nada tinggi hampir setiap hari sejak dua bulan lalu.

    Tidak mahu keadaan menjadi parah, Judika dinasihatkan doktor supaya berhenti dan tidak menerima sebarang undangan nyanyian buat sementara waktu atau berdepan risiko hilang suara.

    Judika memberitahu disebabkan itu, dia turut mengalami demam dan pernah membuat persembahan ketika sakit demi tidak mengecewakan peminat yang sudah membeli tiket.

    “Doktor sudah sarankan saya berehat kerana tidak mahu peti suara rosak… dalam tempoh dua bulan ini saya menyanyi dalam keadaan badan kurang sihat.

    “Hampir sebulan juga saya menyanyi dengan lagu bernada tinggi… semua lagu-lagu itu tak mudah kerana ia identiti Judika,” katanya seperti dilaporkan Suara.

    Judika juga sudah mencuba pelbagai ubat termasuk minuman yang diperbuat menggunakan rempah untuk mengawal sakit ketika membuat persembahan pentas.

    “Semua ubat saya sudah minum termasuk pelbagai jenis rempah. Tetapi sebenarnya keadaan vokal saya memang perlu rehat.

    “Setelah melihat kembali jadual kerja yang padat, saya mengambil keputusan untuk berehat seketika buat masa sekarang,” jelasnya. – Agensi

    Judika terkenal dengan lagu bernada tinggi. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...