Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Piala Cabaran Bola Keranjang Aewon terima tajaan

    Oleh James Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JULAI – Piala Cabaran Bola Keranjang Aewon yang akan diadakan pada Ahad ini mendapat suntikan semangat berupa tajaan baju rasmi dan minuman semasa majlis penyerahan yang dilangsungkan pada hari ini.

    Kejohanan tersebut dianjurkan oleh Persatuan Bola Keranjang Daerah Belait (BDBA) bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-76.

    Sebanyak 10 buah pasukan akan berentap bagi merebut kejuaraan tersebut.

    Kumpulan A terdiri daripada pasukan T Best Company & Services, Hankook, RYS, Unity dan Cafe Hopping. Manakala kumpulan B terdiri daripada pasukan Restoran Indah Damai, Wolves, Hokage Hawks, CBA dan NailsXQ.

    Dalam majlis penyerahan tersebut, pengerusi BDBA, Koo King Loi menerima tajaan baju rasmi daripada Aewon dan minuman daripada You-C1000.

    Pengarah Urusan Aewon Brunei, Lau Chai Seng dan Pengurus Besar Aewon Sherwood Protective Apparel (B) Sdn Bhd, Justin Hong Ping Khiong menyampaikan baju rasmi tajaan manakala Pengurus Hui Huang Enterprise, Kathrine Hii menyerahkan minuman You-C1000.
    Koo King Loi dalam majis itu juga tidak lupa untuk menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penaja.

    Perlawanan pertama kejohanan tersebut bakal menyaksikan pasukan CBA menentang Wolves yang diadakan di Gelanggang Bola Keranjang Kampung Baru, Seria.

    Matlamat penganjuran kejohanan itu antara lain bertujuan untuk menarik minat pemain muda dan peminat bola keranjang bagi menyertai dan menyokong kejohanan berkenaan, di samping memupuk hubungan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Daerah Belait.

    Koo King Loi menerima tajaan daripada Aewon Brunei.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...