Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Biden umum langkah baharu tangani perubahan Iklim

    WASHINGTON, 21 JULAI – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden kelmarin mengumumkan beberapa langkah baharu untuk menangani perubahan iklim.

    Biden berkata perubahan iklim kini menjadi satu ancaman dan kesihatan rakyat serta komuniti semakin terancam. 

    “Perubahan iklim secara literal adalah ancaman yang wujud kepada negara kita dan kepada dunia,” katanya ketika berucap di Massachusetts lapor agensi Anadolu. 

    Beliau berkata demikian ketika Eropah sedang dilanda gelombang haba namun, Biden tidak mengisytiharkan darurat iklim tetapi membayangkan bahawa tindakan sedemikian mungkin boleh dilakukan.

    “Dalam beberapa minggu akan datang saya akan menggunakan kuasa yang saya ada sebagai presiden untuk mengubah kata-kata ini kepada tindakan rasmi melalui pengisytiharan yang sesuai, perintah eksekutif dan kuasa kawal selia.

    Presiden Joe Biden semasa dalam perjalanan pulang selepas menyampaikan ucapan mengenai krisis iklim di Somerset, Massachusetts. – AFP

    “Apabila bercakap mengenai menangani perubahan iklim saya tidak akan berkata ‘tidak’ sebagai jawapan,” katanya.

    Langkah baharu itu antara lain termasuk dana bernilai AS$2.3 bilion untuk membolehkan komuniti menambah baik infrastruktur sebagai persediaan menghadapi cuaca ekstrem seperti banjir, taufan dan panas melampau.

    Beliau turut mengarahkan Jabatan Dalam Negeri untuk membuka kawasan pembangunan ladang angin luar pesisir baharu baharu di Teluk Mexico.

    Ia sekali gus membolehkan penghasilan tenaga baharu yang mencukupi untuk keperluan tiga juta rumah, menurut Rumah Putih. Jabatan itu juga diarahkan untuk memajukan pembangunan kincir angin di pantai Atlantik serta Pantai Teluk Florida.

    Pengumuman itu dibuat selepas Senator Demokrat, Joe Manchin, mengumumkan beliau tidak akan menyokong agenda iklim Biden. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...