Monday, October 28, 2024
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Piala Dunia Taolu: Malaysia tambah koleksi emas di Jepun

    KUALA LUMPUR, 27 OKT – Skuad wushu Malaysia menambah pungutan pingat emas menerusi Wong Weng Son pada Piala Dunia Taolu edisi ketiga di Yokohama, Jepun hari ini.

    Weng Son, 32, mempamerkan gerakan kemas untuk mengutip 9.773 mata dalam acara jianshu lelaki, menewaskan wakil tuan rumah yang mengumpul 9.766 mata dan Nepal ketiga dengan 9.636 mata.

    Malaysia terus menambah koleksi pingat menerusi Tan Cheong Min yang meraih perak dalam acara nanquan wanita selepas meraih 9.770 mata, di belakang wakil Indonesia yang mengutip 9.773 mata untuk pingat emas manakala wakil Hong Kong ketiga dengan 9.760 mata.

    Sementara itu, Clement Ting Su Wei menamatkan saingan dalam disiplin gunshu lelaki di tempat keempat dengan 9.776 mata manakala Sydney Chin Sy Xuan keenam dalam disiplin taijijian wanita dengan 9.650 mata.

    Setakat ini, kontinjen Malaysia telah mengumpul dua emas, dua perak dan dua gangsa. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda