Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Pihak berkuasa buka kertas siasatan terhadap Piquet

    BRAZIL, 4 NOV – Pihak berkuasa Brazil kelmarin membuka kertas siasatan ke atas bekas juara dunia Formula Satu (F1), Nelson Piquet, yang dirakam dalam video menggesa kematian bakal presiden Luiz Inacio Lula da Silva.

    Lula memenangi pilihan raya presiden Ahad lalu menentang presiden Jair Bolsonaro, yang mana Piquet adalah penyokong tegar, dengan margin yang kecil – 50.9 peratus undi menyokong berbanding 49.1 peratus undi menentang.

    Sejak Ahad, beribu-ribu penyokong Bolsonaro telah menghalang lebuh raya untuk membantah kemenangan Lula, manakala, yang lain beramai-ramai berkumpul di hadapan berek untuk meminta campur tangan tentera.

    “Mari kita keluarkan Lula,” kata Piquet dalam video yang tersebar di media sosial menunjukkan pelumba itu mengambil bahagian dalam salah satu protes.

    “Lula di sana, dalam tanah perkuburan,” tambahnya.

    Pejabat Pendakwa raya Persekutuan berkata dalam satu kenyataan bahawa kata-kata Piquet mampu ‘menggalakkan pemecatan kerajaan yang dipilih, serta amalan keganasan terhadap Lula da Silva,’ yang akan memegang jawatan presiden pada 1 Januari 2023.

    “Kenyataan-kenyataan Piquet tidak terhad kepada luahan pendapat semata-mata, tetapi satu bentuk hasutan yang ditujukan kepada penduduk,” kata pejabat pendakwa raya. – AFP

    Piquet (kanan), sebelum ini terlibat kontroversi dengan juara tujuh kali F1, Lewis Hamilton. – ANN/The Straits Times
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...