Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Pingat emas untuk Brunei

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Atlet powerlifting Brunei mengharumkan nama negara setelah merangkul pingat emas dalam Kejohanan Komanwel Persekutuan Powerlifting Antarabangsa (IPF) di Pusat Konvensyen Due Drops, Auckland, New Zealand.

    Duratul Ain Haji Durhan membawa pulang empat pingat emas dalam Kategori Wanita Bawah-43kg Remaja (Bawah-23) bagi acara squat (90kg), bench press (45kg) dan deadlift (122.5kg). Usaha beliau telah membawa kepada jumlah keseluruhan 257.7 mata sekali gus menambah koleksi pingat emas keempat beliau.

    Sementara itu, Mateen Amirrudin membawa pulang pingat gangsa dalam Kategori Lelaki Bawah-59kg Remaja (Bawah-23) bagi acara squat (145kg), bench press (70kg) dan deadlift (190kg). Gangsa keempat beliau dimenangi selepas berjaya melepasi jumlah keseluruhan yang dikutip oleh Ireland Utara.

    Manakala, Hashilah Husaimee Ahmad merupakan atlet ketiga yang mewakili Brunei. Beliau mengumpul jumlah keseluruhan berat sebanyak 390.5kg dalam Kategori Terbuka Wanita Bawah-76kg; 142.5kg (squat), 85kg (bench press), 162.5kg (deadlift).

    IPF dan Persekutuan Angkat Berat New Zealand telah menjemput 42 negara ahli untuk menyertai Kejohanan Powerlifting & Bench press Lelaki dan Wanita Komanwel serta Kejohanan Powerlifting Komanwel Olimpik Istimewa.

    Ia merupakan acara powerlifting terbesar dalam sejarah New Zealand dan merupakan kali pertama dua platform berlangsung serentak.

    Kejohanan Komanwel merupakan kejohanan ketiga terbesar selepas Kejohanan Dunia dan Kejohanan Eropah. Kejohanan Dunia baru-baru ini telah menarik hampir sejuta tontonan di Eurosports, penyiar rasmi Sukan Olimpik di Eropah, menjadikan ia jumlah penonton terbesar dalam sejarah powerlifting.

    Duratul Ain bergambar bersama pingat emas yang dimenanginya. – Gambar serahan Persekutuan Angkat Berat Brunei Darussalam
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...