Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Uji koordinasi kecemasan di tapak berisiko tinggi

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Dengan mengetengahkan senario kebakaran di tingkat dua bangunan, Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan Unit Perhubungan Awam Cawangan Operasi G, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) mengadakan latihan kebakaran dan pengosongan bangunan di Jana Kuasa Belingus, Temburong pada 29 November lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JPB, di sini, seramai 14 orang anggota berserta tiga jentera dari Balai Bomba Bangar dan Rataie yang diketuai oleh Stesen Komander Bangar, SO Ishraqi bin Haji Sidup telah dikerahkan ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran dan menyelamat mangsa.

    Turut terlibat ialah 23 orang marsyal bomba jabatan berkenaan yang terlatih oleh pihak jabatan sebelum ini.

    Hadir semasa latihan berkenaan ialah Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Awang Abdul Salam bin Haji Abdul Wahab. Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Pemerintah Operasi G, SSFR Mohammad Zyakwan bin Awang Idris; Inspektor Ahkamul Adly bin Abdul Hadi dari Daerah Polis Temburong dan Dayang Nurakilah binti Mohd Sufian dari Paramedik Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam (PIHM).

    Latihan bersepadu itu bermatlamat untuk menguji koordinasi kecemasan khususnya
    di tapak yang berisiko tinggi serta menguji tindak balas petindak kecemasan dengan marsyal bomba semasa kecemasan mahupun latihan.

    Anggota bomba membantu ‘mangsa’ semasa latihan kebakaran dan pengosongan bangunan di Jana Kuasa Belingus, Temburong pada 29 November lalu. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...