Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 APRIL – Seramai 34 orang ahli Persatuan Kembara Bikers dan Permotoran (PKBP) Negara Brunei Darussalam serta 10 ahli Lawas Bikers, buat julung kalinya menganjurkan Program Agihan dan Sungkai Ride bersama, baru-baru ini.
Acara berlangsung di dua lokasi iaitu di Bazar Ramadan Lawas di mana 150 pek bubur kacang hijau diagihkan kepada orang ramai.
Satu lagi lokasi adalah di Masjid Besar Lawas, Sarawak yang menyaksikan pengagihan barangan asasi kepada masjid berkenaan dan diteruskan dengan solat Tarawih dan tadarus.
Penyerahan barang asasi kepada masjid berkenaan dan bubur kacang hijau itu telah disempurnakan oleh gabungan ahli-ahli Persatuan Kembara Bikers dan Lawas Bikers.
Turut hadir semasa pengagihan itu ialah Yang Dipertua Persatuan Kembara Bikers, Awang Alias bin Haji Mohd Salleh dan Presiden Permotoran Lawas serta ahli permotoran.
ntara lain tujuan program berkenaan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara permotoran di pulau Borneo seterusnya memupuk perpaduan serta membuat amal jariah dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.