KUALA LUMPUR, 1 OKT – Industri plastik kitar semula berpotensi untuk meningkatkan sumbangan mereka kepada ekonomi negara sebanyak tiga hingga empat kali ganda iaitu antara RM15 bilion sehingga M20 bilion pada setiap tahun.
Peningkatan ini boleh diraih melalui pelaburan dalam teknologi yang lebih baik, infrastruktur dan naik taraf kapasiti, kata Persatuan Pengilang Plastik Malaysia (MPMA) dan Persatuan Pengitar Semula Plastik Malaysia (MPRA).
Dalam satu kertas putih yang diterbitkan hari ini, persatuan tersebut menjelaskan Malaysia memerlukan industri plastik kitar semula yang canggih untuk berkembang menjadi ekonomi yang mampan.
Pada masa yang sama, dasar dan amalan bagi menyokong industri kitar semula yang berdaya maju untuk semua bahan adalah penting bagi mengukuhkan sistem pengurusan sisa Malaysia. – Bernama