Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    PM Anwar umum dua TPM dalam kabinet kerajaan perpaduan

    KUALA LUMPUR, 2 DIS – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan dua Timbalan Perdana Menteri serta 28 jemaah menteri yang menganggotai kabinet kerajaan perpaduan.

    Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) masing-masing dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

    Pengumuman barisan Kabinet di Putrajaya pada kira-kira 8:20 malam itu disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen serta platform media sosial dan turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. Anwar, 75, turut  memegang portfolio Menteri Kewangan. Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 24 November lepas. – Bernama

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan senarai pembentukan barisan Kabinet pada sidang media di Bangunan Perdana Putra, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...