Saturday, July 27, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    PM Jepun berikrar tingkatkan keupayaan ketenteraan

    TELUK SAGAMI, JEPUN, 6 NOV – Perdana Menteri Fumio Kishida hari ini berikrar akan meningkatkan keupayaan tentera laut dan kuasa ketenteraan, sambil memberi amaran negara harus bersedia menghadapi penceroboh.

    Kishida juga mengutuk perang Rusia di Ukraine dan siri ujian peluru berpandu Korea Utara baru-baru ini, salah satu daripadanya melintasi kawasan Jepun buat pertama kali sejak 2017 yang telah mendorong arahan berpindah dikeluarkan.

    “Kita harus bersiap sedia dalam era di mana penceroboh muncul dan tidak mematuhi peraturan dan menggunakan kekerasan atau ugutan untuk memusnahkan keamanan dan keselamatan negara lain,” kata Kishida semasa memeriksa kapal yang berlabuh di Jepun. Kenyataan pemimpin itu dibuat ketika Tokyo melakarkan rancangan keselamatan negara itu yang dijangka termasuk menggandakan perbelanjaan pertahanannya dalam tempoh lima tahun.

    “Kita akan mempercepatkan perbincangan realistik mengenai apa yang diperlukan untuk mempertahankan rakyat Jepun.

    “Peningkatan keupayaan tentera laut Jepun tidak boleh ditangguhkan lagi. Ini termasuk pembinaan kapal tentera laut baharu untuk mengukuhkan pertahanan terhadap peluru berpandu dan meningkatkan keadaan kerja serta faedah kepada anggota tentera kami,” katanya. – AFP

    Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida (kiri) meninjau dari kapal Jepun, JS Izumo semasa pemeriksaan beliau di Teluk Sagami. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...