Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tahanan merusuh di pusat imigresen UK

    LONDON, 6 NOV – Sekumpulan pendatang di pusat tahanan imigresen dekat Lapangan Terbang Heathrow di London merusuh petang kelmarin, ketika bekalan elektrik terputus.

    Kementerian Dalam Negeri berkata tahanan dipindahkan ke pusat tahanan lain sementara jurutera memperbaiki kerosakan dan mengembalikan bekalan elektrik ke pusat tahanan di Harmondsworth itu.

    Agensi berita PA melaporkan sekumpulan tahanan meninggalkan bilik mereka dan berkumpul di halaman dengan bersenjatakan pelbagai objek selain terdapat gambar menunjukkan ketibaan pasukan khas polis berpakaian anti rusuhan. – AFP

    Tahanan kelihatan di dalam pusat tahanan Manston untuk pendatang, berdekatan Ramsgate, tenggara England. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...