Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Akaun Amber Heard lesap! 

    Pelakon sensasi Amber Heard dilaporkan memadam akaun Twitter miliknya selepas bekas teman lelakinya iaitu usahawan Elon Musk mengambil alih platform media sosial popular berkenaan.

    Berita mengenai ‘kehilangan’ pelakon berkenaan mula diperkatakan oleh warga Twitter apabila seorang pengguna laman sosial itu dikenali That Umbrella Guy memuat naik paparan skrin menunjukkan akaun milik Amber telah tiada.

    “Nampaknya Amber Heard sudah memadam akaunnya,” tulisnya pada kapsyen hantaran tersebut.

    Ramai percaya tindakan bintang filem Aquaman itu ada kaitan dengan tindakan Elon mengambil alih Twitter kerana tidak mahu mencari sebarang masalah dengan bekas teman lelakinya.

    Peminat aktres berkenaan turut bersetuju dengan tindakan Amber memadam akaun miliknya dan memberi fokus kepada membina semula kehidupan bersama anak di Eropah.

    “Saya sokong dengan tindakan Amber kerana dia jelas mahu mengelak daripada sebarang masalah dan menjaga dirinya sendiri. – Agensi

    Tindakan Amber Heard memadam akaun Twitter telah menarik perhatian peminat. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...