Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    PM Singapura galak pasangan muda tambah ‘naga kecil’

    SINGAPURA, 9 FEB – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, menggalakkan pasangan tempatan melahirkan lebih ramai anak dalam Tahun Naga sambil menyampaikan perutusan Tahun Baharu Cina, hari ini.

    Menyedari banyak keluarga Cina menganggap kanak-kanak yang dilahirkan pada Tahun Naga adalah sangat bertuah, Lee berkata ia adalah masa yang baik untuk pasangan muda menambah ‘naga kecil’ kepada keluarga mereka.

    “Saya harap galakan saya mendorong lebih ramai pasangan mencuba mendapatkan anak damit, walaupun saya tahu keputusan itu sangat peribadi,” kata perdana menteri kepada orang ramai.

    “Kami akan membina Singapore Made For Families dan terus menyokong aspirasi perkahwinan dan keibubapaan awda,” tegas Lee, sambil menyatakan cuti bapa yang dibayar kerajaan telah digandakan daripada dua hingga empat minggu secara sukarela.

    “Pasangan akan membuat keputusan sama ada untuk mempunyai anak atas sebab mereka sendiri.

    Saya yakin mereka akan mendapati keibubapaan sebagai satu perjalanan yang sangat bermanfaat dan memuaskan,” kata Lee. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...