Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    UNRWA tidak boleh digantikan – Ketua PBB

    NEW YORK, 9 FEB – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres memberikan amaran bahawa Agensi Kerja dan Bantuan PBB untuk
    Pelarian Palestin (UNRWA) tidak boleh diganti.

    Beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Britain, Jerman dan Jepun telah menggantung pembiayaan kepada UNRWA.

    Guterres telah mengetuai rundingan dengan negara penderma dalam usaha mengembalikan semula pembiayaan.

    “Tiada organisasi lain yang mempunyai kehadiran lebih bermakna di Gaza dalam situasi ini.

    Tiada organisasi lain yang boleh menggantikannya sekarang,” kata Guterres pada taklimat media, kelmarin.

    Guterres merujuk kepada keberkesanan kos UNRWA dan mempertahankan mengapa ia adalah organisasi terbaik untuk terus menyampaikan bantuan ke Gaza, lapor agensi berita dan maklumat Palestin (WAFA).

    “Kos UNRWA jauh lebih rendah daripada kos agensi lain atas sebab sejarah. Gaji yang dibayar oleh UNRWA adalah satu pertiga daripada gaji yang dibayar oleh UNICEF atau WFP atau organisasi PBB yang lain.

    “Jadi sebarang percubaan penggantian, itu tidak mungkin,” kata Gutterres. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...