Saturday, February 8, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    PNG dilanda gempa, tiga maut

    SYDNEY, 3 APRIL – Kira-kira tiga orang terbunuh selepas gempa bumi dengan magnitud 7 menggegarkan kawasan terpencil di barat laut Papua New Guinea (PNG) sebelum subuh hari ini.

    Pusat Bencana Nasional berkata puluhan rumah juga terjejas ketika anggota kecemasan terus menilai kerosakan di seluruh kawasan itu.

    Gempa bumi melanda pada kedalaman 62 kilometer berdekatan Tasik Chambri di rantau yang tidak mempunyai penduduk padat di Wilayah Sepik Timur, kata Perkhidmatan Geologi Amerika Syarikat (AS).

    “Tasik Chambri sedang menggelegak dan gempa bumi berterusan masih berlaku sekarang,” kata seorang ahli parlimen di kawasan itu, Johnson Wapunai, dalam mesej di media sosial beberapa jam selepas gempa.

    Dalam pada itu, penggubal undang-undang menggesa penduduk supaya berhati-hati dengan objek yang jatuh atau pokok tumbang dan berwaspada dengan sebarang aktiviti seismik yang berlaku.

    Bagaimanapun, tiada laporan tsunami dikeluarkan setakat ini.

    Colles Pinga, yang tinggal tidak jauh dari pusat gempa, memberitahu penyiar Australia bahawa tiga buah rumah di kampungnya telah musnah dan penduduk mengalami kecederaan.

    “Terdapat runtuhan tanah di sepanjang tebing sungai, ia agak menakutkan,” beritahu Pinga kepada Australian Broadcasting Corporation.

    Gempa bumi turut memecahkan lantai dan jalan yang diturap di luar hospital baharu terletak kira-kira 60 kilometer dari bandar. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda