YANGON, 27 JAN – Pihak berkuasa Myanmar berjaya merampas 11.635 kilogram (kg) ‘happy water’, sejenis dadah sintetik, 3.6kg ketamin, serta pelbagai bahan terlarang lain di wilayah tengah Myanmar, lapor akhbar milik kerajaan The Mirror hari ini.
Serbuan dijalankan oleh polis antinarkotik selepas menerima maklumat mengenai kegiatan penyeludupan di sebuah rumah di perbandaran Mahaaungmyay, wilayah Mandalay, pada 23 Januari lalu. Hasil serbuan itu, 3kg ‘happy water’ berjaya dirampas, menurut laporan tersebut.
Siasatan lanjut membawa kepada serbuan di rumah suspek lain di perbandaran sama, yang menyaksikan rampasan 3.6kg ketamin, 8.635kg ‘happy water’, 40 pil ekstasi, 150 pil happy-5, 280 pil perangsang, serta lima gram methamphetamine (ice).
Keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai lebih 1.4 bilion kyat (AS$660,000), menurut laporan tersebut. – Xinhua