Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis San Francisco pertahan rancangan ‘robot pembunuh’

    SAN FRANCISCO, 2 DIS – Polis San Francisco kelmarin mempertahankan potensi mereka untuk menggunakan robot pembunuh, menegaskan ia akan menjadi pilihan terakhir dan hanya digunakan untuk situasi yang sangat berbahaya.

    Detektif di bandar California, penduduk tempatan mengadu berkaitan peningkatan jenayah, yang mana pihak polis telah diberikan kebenaran minggu ini untuk menggunakan mesin yang mampu membunuh itu.

    Penyelia bandar berkata jika pegawai Jabatan Polis San Francisco berpangkat tinggi memberi lampu hijau, robot bersenjata boleh dihantar untuk menangani suspek yang ganas seperti penembak besar-besaran atau pengebom berani mati.

    “Penggunaan robot dalam situasi yang boleh membawa maut adalah pilihan terakhir,” kata Ketua Polis San Francisco William Scott, kelmarin. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda