Friday, November 8, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Sepanyol rampas 13 tan kokain, rekod terbesar

    ALGECIRAS, 7 NOV – Polis Sepanyol kelmarin memaklumkan telah berjaya merampas 13 tan kokain, yang merupakan rampasan terbesar dadah itu dalam sejarah negara berkenaan dan telah menahan seorang suspek dalam operasi tersebut.

    Menurut kenyataan pihak berkuasa, dadah itu dipintas oleh polis dan ejen kastam di Pelabuhan Algeciras, selatan Sepanyol, pada 14 Oktober lalu dari sebuah kapal kontena yang tiba dari bandar terbesar Ecuador yang dikenali sebagai hab penyeludupan dadah, Guayaquil.

    Kapal berkenaan membawa peti berisi pisang yang di dalamnya tersembunyi kotak-kotak yang direka sama dan mengandungi kokain.

    Maklumat risikan daripada polis Ecuador membantu pihak berkuasa Sepanyol dalam operasi tersebut.

    Seorang wanita, yang dipercayai rakan kongsi syarikat pengimport itu, ditahan di Toledo, manakala dua lagi suspek kini diburu, menurut polis.

    Sepanyol merupakan pintu utama kemasukan dadah ke Eropah memandangkan hubungan rapatnya dengan bekas tanah jajahan di Amerika Latin serta kedudukannya yang hampir dengan Maghribi, pengeluar utama kanabis. – AFP

    Polis Sepanyol dan pegawai kastam berdiri di sebelah bungkusan kokain yang ditemui dalam sebuah kontena dari Ecuador, semasa sidang media di pelabuhan Algeciras, selatan Sepanyol, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda