Monday, June 24, 2024
22.1 C
Brunei

    -

    Polis siasat Imam Mahdi wanita

    KUANTAN, 22 MEI – Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak kelmarin.

    Ketua Polis Daerah Jerantut, Supt Zukri Muhammad berkata siasatan awal mendapati wanita berkenaan berusia 34 tahun dan bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Jerantut.

    Beliau berkata semakan juga mendapati ibu kepada tiga cahaya mata itu mempunyai rekod perubatan sebagai pesakit psikiatri di sebuah hospital di Kelantan sejak November tahun lepas.

    “Suspek masih lagi menerima rawatan di unit psikiatri buat masa ini dan pemantauan serta siasatan akan diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Hantaran mengenai dakwaan wanita terbabit tular di laman Facebook dan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China, Perancis lancar satelit pantau letupan sinar gamma

    CHINA, 23 JUN – Satelit Perancis-China telah dilancarkan kelmarin di mana ia merupakan misi untuk mencari letupan cahaya terbesar di dunia dalam usaha kerjasama...