Tuesday, November 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Thailand siasat biara guna mayat untuk meditasi

    BANGKOK, 25 NOV – Sebuah biara Buddha di Thailand sedang disiasat selepas pihak berkuasa menemukan lebih 40 mayat di lokasi yang didakwa digunakan untuk amalan meditasi, kata polis kelmarin.

    Seorang pegawai kanan polis memberitahu AFP, sebanyak 41 mayat ditemukan di biara Pa Nakhon Chaibovorn di wilayah Phichit, Thailand pada Sabtu lalu.

    “Mayat itu disertakan dengan sijil kematian dan pendermaan tubuh,” katanya sambil memaklumkan tiada pertuduhan difailkan setakat ini.

    Beliau berkata, polis sedang menghubungi saudara mendiang untuk mengesahkan sama ada mayat itu didermakan secara sukarela.

    “Kami cuba memastikan tiada mayat dicuri,” kata pegawai itu yang enggan dikenali.

    Gambar menunjukkan sami Buddha menunggu untuk menyeberang jalan di luar Istana Besar di Bangkok pada 14 Mac lalu. – AFP

    Pencarian dilakukan selama beberapa hari selepas polis menemukan 12 mayat di sebuah lagi biara di wilayah jiran, Kamphaeng Phet pada Rabu lalu, mengikut laporan media tempatan.

    Ketua biara wilayah Phichit, Phra Ajarn Saifon Phandito, memberitahu saluran televisyen PBS Thailand, penggunaan mayat adalah sebahagian daripada ‘teknik meditasi’ yang dibangunkannya.

    “Ramai di antara orang yang datang untuk belajar adalah ketua biara dan semua sami ini menyampaikan ilmu.

    “Saya tidak tahu berapa ramai yang sudah menggunakan teknik saya,” katanya.

    Beliau juga memberitahu stesen TV tempatan lain bahawa ‘pengamal bermeditasi di astaka yang menyimpan keranda dengan mayat manusia’.

    Polis Phichit berkata, mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa di wilayah lain untuk menyiasat sejauh mana amalan itu berleluasa. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda